CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 27 February 2014

Jumaat?

Assalamualaikum wbt.
I will write a short update.
Kalau ada apa2 mistake, tolong tegur jugak :)
Sekadar nak share.....

Hari Jumaat?

Hari Jumaat ialah Penghulu Segala Hari.
Gelaran bahasa Arab nya pula,
" Saiyidul Ayyam ".

Antara peristiwa pada hari Jumaat?

Allah telah mencipta Nabi Adam A.S.
Nabi Adam juga telah diturunkan dari syurga menuju ke bumi pada hari Jumaat.
Nabi Adam juga telah wafat pada hari Jumaat.
Dan seperti mana yang kita ketahui, Qiyamat akan berlaku pada hari Jumaat.

:)

Pada hari Jumaat juga kita digalakkan untuk membaca surah Al-Kahfi .
Antara kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat ialah , kita dapat mengelakkan daripada fitnah Dajjal.
Dinyatakan juga oleh Rasulullah S.A.W. dalam hadisnya , yang bermaksud:

" Sesiapa yang hafal sepuluh ayat daripada ayat awal surah Al-Kahfi ,ia akan terpelihara dari godaan dajjal , dan dalam riwayat lain,siapa yang hafal sepuluh ayat yang terakhir daripadanya,..."

(Hadis Sahih Muslim)

Pada hari Jumaat, segala umat muslimin menjalankan perintah Allah iaitu solat Jumaat.

Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ‌ اللَّـهِ وَذَرُ‌وا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ‌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٩

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumaah 62: Ayat 9)
Ok surah ini baru shja kami belajar haritu.
Haaa ada kaitan dengan hari Jumaat .

hari Jumaat juga umat Islam digalakkan bersedekah .
Dalam satu hadis yang saya baca tadi....

Ibnu Qayyim berkata:
"sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama sedekah di bulan Ramadhan dibanding kan dengan sedekah di bulan-bulan lainnya"

Subhanallah :)

Ucap kan Alhamdulillah...

Sampai di sini sahaja la saya nak share ngan korang pasal hari Jumaat..
kan dah cakap tadi, update pendek je..
 sekian.

Assalamualaikum Wbt.

0 comments:

greets!

I'm inspired by you.